fbpx

Dua warga emas ditahan cuba seludup 500 liter petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki warga emas ditahan ketika mereka dipercayai cuba menyeludup 500 liter minyak petrol ke negara jiran dengan menggunakan dua buah kereta di Pengkalan Haram Nurut, Bukit Bunga hari ini.

TANAH MERAH – Dua lelaki warga emas ditahan selepas mereka dipercayai cuba menyeludup 500 liter minyak petrol ke negara jiran dengan menggunakan dua buah kereta di Pengkalan Haram Nurut, Bukit Bunga di sini hari ini.

Serbuan itu dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Tanah Merah dan Batalion Ke-4 Rejimen Sempadan Angkatan Tentera Malaysia di kawasan itu pada pukul 8 pagi tadi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Tanah Merah, Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata, kegiatan tersebut dikesan ketika anggota tentera sedang melakukan rondaan di kawasan tersebut.

Katanya, sewaktu rondaan dijalankan, anggota KPDNHEP melihat dua buah kereta jenis Proton Wira dan Proton Iswara berada dalam keadaan mencurigakan.

“Siasatan mendapati, terdapat dua orang warga emas itu sedang memunggah tong-tong plastik dipercayai minyak petrol ke dalam kedua-dua buah kereta itu.

“Apabila melihat keadaan itu, kita telah menyerbu kawasan itu dan menahan dua lelaki warga emas masing-masing berusia 64 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI