fbpx

DRB-HICOM University meterai MoU dengan SIB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (DRB-HICOM University) dan  Sterling Insurance Brokers Sdn. Bhd. (SIB) telah menandatangani Memorandum  Persefahaman (MoU) untuk  membangunkan program latihan eksekutif  dalam bidang pengurusan risiko dan perancangan strategik. 

Naib Canselor merangkap Ketua Pegawai Eksekutif HICOM University  College Sdn. Bhd. (HUCSB), Prof. Datuk Seri Dr. Omar Osman berkata, melalui kerjasama tersebut, DRB-HICOM University akan menawarkan program tersebut  melalui unit latihan mereka iaitu Institut Latihan  Korporat.

“Ini akan memberi peluang kepada eksekutif korporat dan juga orang awam untuk  meningkatkan kemahiran dan kecekapan pekerjaan mereka dalam bidang pengurusan risiko serta  perancangan strategik. 

“Seterusnya, ia dapat membuka jalan bagi graduan yang ingin memajukan  kerjaya mereka dalam bidang ini, untuk melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada majlis pemeteraian yang diadakan secara maya, Omar mewakili DRB-HICOM University  manakala SIB diwakili  Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sterling Group, Wan Muzamir Fitri Che Wan.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sterling  Group, Abdul Halim Jantan. 

 Omar menjelaskan, kerjasama tersebut akan membolehkan pengamal industri dan pakar-pakar risiko dari Sterling Group berkongsi  pengalaman serta pengetahuan luas mereka yang akan dibangunkan sebagai bahan latihan dalam  silibus program. 

“DRB-HICOM University akan kemudiannya menawarkan program ini kepada  pelajar dan eksekutif yang ingin meningkatkan kemahiran dan kecekapan mereka dalam bidang pengurusan risiko dan perancangan strategik. 

“Ia juga akan ditawarkan menerusi konsep micro credential, sejajar dengan hala tuju industri pendidikan global masa kini,” jelasnya.

Sementara itu, Halim menjelaskan, usaha sama tersebut merupakan satu  detik bersejarah bagi Sterling Group. 

“Kami gembira dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran khusus kami dalam bidang pengurusan  risiko. 

“Ini membolehkan Pengurus Risiko memperolehi pengetahuan yang lebih mendalam dan  meningkatkan kecekapan kerja mereka. 

“Kerjasama dengan DRB-HICOM University ini  membolehkan kami memainkan peranan penting dalam memperlengkapkan tenaga kerja negara  dengan kemahiran yang relevan dan meningkatkan taraf industri kini,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI