fbpx

Djokovic hampiri gelaran hatrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC mara ke pentas final Terbuka Australia kali ini dalam usaha memburu kemenangan hatrik dan kesembilan secara keseluruhan dalam kariernya. – AFP

MELBOURNE – Impian Novak Djokovic untuk melakar kemenangan hatrik di Terbuka Austra­lia semakin hampir terlaksana selepas mara ke pentas final apabila mudah mengatasi pemain Rusia, Aslan Karatsev semalam.

Pemain ranking No.1 dunia tersebut yang meraih dua gela­ran pada 2019 dan 2020 itu tampil dengan permainan terbaik di peringkat separuh akhir selepas hanya memerlukan satu jam 55 minit untuk meraih kemenangan straight-set 6-3, 6-4 , 6-2 ke atas Karatsev di Arena Rod Laver.

Lebih menarik, ia merupakan pentas final kesembilannya di Australia selepas meraih lapan kemenangan di kejohanan tersebut pada 2008, 2011, 2012, 2013, 2015, 2016, 2019 dan 2020.

Hasil kemenangan tersebut, bintang tenis Serbia itu dijadual berdepan sama Daniil Medvedev atau Stefanos Tsitsipas di pentas final nanti selepas mereka membuat perhitungan pada satu lagi aksi separuh akhir petang ini.

“Tahniah kepada Karatsev kerana beraksi dengan baik dan berjaya melangkah ke separuh akhir pada penampilan pertamanya di saingan ini. Saya rasa ia tidak pernah berlaku dalam sejarah tenis.

“Bagi saya ini adalah penam­pilan terbaik sepanjang beraksi dalam kejohanan ini. Saya rasa teruja kerana bermain tanpa sebarang kecederaan atau merasai kesakitan ketika melakukan pukulan servis.

“Saya harap mampu melakukan yang terbaik pada aksi final nanti. Saya mempunyai tempoh dua hari untuk berehat dan melakukan persiapan. Perkara utama adalah saya perlu berehat dan mengumpul tenaga untuk aksi terpenting Terbuka Austra­lia nanti,” katanya sejurus tamat perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN