fbpx

Ancelotti anggap City serba sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY terus menjarakkan kedudukan dalam carta liga apabila berjaya mengutip mata penuh ketika mengatasi Everton awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Everton, Carlo Ancelotti memuji aksi yang dipamerkan oleh Manchester City ketika menewaskan pasukannya 3-1 awal pagi semalam di Goodison Park.

Menurut pengurus dari Itali itu, City telah membuktikan bahawa mereka adalah satu-satunya calon terbaik untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini dengan mempamerkan aksi terbaik.

Tiga gol yang dihasilkan menerusi Phil Foden, Riyad Mahrez dan Bernardo Silva menyaksikan City berjaya meraih tiga mata biarpun Everton memberikan cabaran dengan menghasilkan satu gol melalui Richarlison.

“Saya fikir susah untuk menyebut nama pasukan lain (untuk menjadi juara) kecuali mereka, saya fikir begitu.

“Buat masa ini, mereka ber­ada dalam mood terbaik dan memiliki kualiti yang cukup menakjubkan kerana memiliki kepercayaan yang kuat bahawa mereka adalah pasukan terbaik ketika ini.

“Mereka turun dengan keyakinan bahawa mereka adalah pasukan yang kuat dan mampu memenangi setiap perlawanan. Kami agak sukar untuk menyaingi dua pemain pertahanan mereka, (Ruben) Dias dan (Aymeric) Laporte,” katanya.

Ancelotti mengakui pada perlawanan itu, pasukannya berdepan kesukaran untuk mendominasi permainan biarpun berjaya mengimbangi perlawanan dalam tempoh sejam perlawanan.

“Ia adalah perlawanan yang sukar. Untuk tempoh sejam kami berjaya mengimbangi aksi tetapi selepas mereka meraih gol kedua, kami gagal bangkit,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI