fbpx

4,889 sembuh, 2,936 kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes sembuh masih mengatasi kes baharu dengan 4,889 kes dilaporkan menjadikan sebanyak 239,971 kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu pula mencatatkan sebanyak 2,936 kes dengan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 277,811 kes.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, 17 kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 1,043 kes adalah penularan tempatan.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 36,797 kes.

“Sebanyak 13 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 1,043 kes,” katanya dalam ciapan Twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 220 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 104 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI