fbpx

443 individu ditahan ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI

PETALING JAYA – Tiada penjarakan fizikal serta gagal menyediakan peralatan merekod diri dan pelanggan antara kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) yang paling tinggi dikesan semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kedua-dua kesalahan itu masing-masing mencatatkan 136 dan 84 kes.

Beliau berkata, kesalahan rentas daerah/negeri tanpa kebenaran mencatatkan 68 kes, diikuti tidak memakai pelitup muka (64), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (29) dan keluar rumah tanpa alasan munasabah (20).

“Kesalahan lain yang dikesan semalam adalah menjalankan aktiviti perjudian 19 kes, membawa penumpang berlebihan (15), ingkar arahan kuarantin (2) dan lain-lain (6).

“Secara keseluruhan, seramai 443 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam dan daripada jumlah itu, 404 dikompaun manakala 39 lagi individu direman,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Ismail Sabri berkata, Op Benteng semalam telah menahan 39
orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas sebuah bot dan kapal serta dua buah kenderaan darat.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 118 buah bot dan kapal di perairan negara melalui empat aktiviti penglihatan,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI