fbpx

Telefon silent, Radin terkilan tak sempat bercakap kali terakhir dengan ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu penyampai radio Era FM, Radin iaitu Feridah Hashim meninggal dunia pagi tadi.

PETALING JAYA – Ibu kepada penyampai radio, Radin menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 9.25 pagi tadi.

Berita pemergian Allahyarham Feridah Hashim dimaklumkan sendiri oleh Radin atau nama sebenarnya, Radin Amir Effendi, 31, yang baru saja tiba di kampung halamannya, Ipoh, Perak pada pukul 1 tengah hari tadi.

“Ibu saya mempunyai masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu lagi. Saya baru saja pulang ke kampung minggu lalu untuk meluangkan masa bersama ibu, malah malam tadi juga saya sempat ‘facetime’ tiga kali dengannya.

“Cuma saya terkilan kerana telefon bimbit ‘silent’ ketika tidur pagi tadi dan menerima beberapa panggilan daripada kakak. Katanya, ibu beberapa menyebut nama dan hendak bercakap dengan saya.

“Jika diikutkan, saya merancang untuk mengambil jururawat peribadi untuk menjaga ibu bermula pada hari ini. Namun, Allah lebih menyayangi ibu,” kata Radin kepada Kosmo! Online yang turut memohon untuk tidak memperincikan sebab kematian ibunya.

Tinggal kenangan. Radin kehilangan ibu tersayang yang meninggal dunia pagi tadi.

Rapat kerana tidak pernah berenggang dengan ibunya, Radin terpaksa tinggal berjauhan kerana tanggungjawab kerja di ibu kota.

Radin memaklumkan, jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru, Perak selepas Asar, hari ini.

“Biarpun, terikat dengan undang-undang merentas negeri, namun saya bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

“Saya mohon jasa baik rakan-rakan semua untuk mendoakan Allahyarham agar ditempatkan di taman-taman syurga bersama orang beriman,” kata Radin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI