fbpx

PDRM sedia jadi golongan terawal terima vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Rahim (kiri) menunjukkan lokasi peta lokasi tugasan Op Benteng di Markas Taktikal Lubok Setol, Rantau Panjang hari ini.

RANTAU PANJANG – Semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersedia menjadi golongan terawal untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 yang dijangka bermula pada awal Mac depan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd.Rahim Jaafar berkata, bagaimanapun, terdapat pegawai dan anggota yang mempunyai masalah kesihatan dan alahan akan dikecualikan selepas menerima nasihat dari Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, keperluan mengambil vaksin Covid-19 itu amat penting kerana PDRM merupakan barisan hadapan penting yang bertugas di lapangan.

“Saya lihat semua pegawai dan anggota kita tiada masalah untuk suntikan vaksin. Cuma, bagi mereka yang menghadapi masalah kesihatan dan alahan tidak digalakkan menerima suntikan vaksin.

“Sebelum ini, ramai pegawai dan anggota kita yang dikesan positif Covid-19 malah ada juga telah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu mengadakan lawatan ke Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA) Lubok Setol di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah KDNKA, Datuk Kashuadi Ali dan Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Hassan Basri Ahmad Safar.

Mengulas lanjut, Abd.Rahim berkata, suntikan vaksin Covid-19 kepada pegawai dan anggota akan dilakukan secara berperingkat.

Katanya, borang suntikan Covid-19 telah diedarkan di semua bahagian PDRM seluruh negara selepas menerima arahan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI