fbpx

Melaka bakal wujud 10,000 peluang pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulaiman

MELAKA – Kerajaan negeri ini menjanjikan 10,000 peluang pekerjaan dan perniagaan melalui pembentukan koridor ekonomi baharu, Melaka Waterfront Economic Zone (M-Wez).

Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md. Ali berkata, peluang tersebut akan tersedia sebaik sahaja projek itu yang dijadualkan bermula selewat-lewatnya bulan depan siap sepenuhnya.

Katanya, pembangunan koridor baharu M-Wez itu meliputi kawasan tambakan pesisir pantai seluas 17,500 ekar di sepanjang 22 kilometer dari Umbai ke Tanjung Bruas.

“Bagi mengembalikan kegemilangan Melaka yang sejarah dahulunya pernah digelar ‘Venice of the East’, maka kerajaan Melaka akan mewujudkan satu koridor ekonomi baharu, pelaburan berimpak tinggi.

“Di dalam M-Wez akan ada Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi, Pelabuhan Tanjung Bruas dan International Cruise yang akan mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan dan perniagaan untuk direbut oleh para usahawan negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Keusahawan Digital secara maya di Institut Tun Perak (ITP) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ITP, Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara (Insken), Muhammad Firdaus Azharudin dan Pengarah Bahagian e-Commerce, Song Hock Koon.

Sulaiman berkata, koridor pelaburan berimpak tinggi itu juga setanding dengan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Malaysian Vision Valley.

Terdahulu, pada program tersebut, beliau memaklumkan, kursus itu menerima sambutan menggalakkan dengan lebih 300 usahawan dan bakal usahawan seluruh Melaka menyertai inisiatif tersebut.

“Saya juga diberitahu dalam kalangan peserta ini ada yang baru nak mula, ada yang telah menjadi usahawan, ada yang dah usaha jadi usahawan tapi tak ‘jadi-jadi’ lagi.

“Saya hargai usaha saudara dan saudari semua. Pada hemat saya, ini suatu permulaan baik yang harus kita teruskan. Syabas semua!,” ujarnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI