fbpx

Lima kenderaan hangus dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berusaha memadam api kebakaran sebuah bengkel dalam kejadian di Taman Emas 1, Sri Medan, Batu Pahat, hari ini.

BATU PAHAT – Lima kenderaan musnah terbakar dalam kejadian di sebuah bengkel di Taman Emas 1 Sri Medan di sini tengah hari tadi.

Menurut Komander Operasi, PBK II Zakaria Mohamed, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.28 tengah hari sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram dan Yong Peng dikejarkan ke tempat kejadian.

“Dengan kekuatan seramai 13 anggota kami bergegas ke tempat kejadian dan didapati benar belaku kebakaran membabitkan sebuah bengkel kereta berstruktur sementara berkeluasan 225 kaki persegi.

“Kebakaran turut memusnahkan lima kenderaan jenis kereta, van dan motosikal selain tidak melibatkan mangsa.

“Tindakan pemadaman menggunakan satu aliran air 200 kaki, dua pancutan air daripada pili pam jentera bomba. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada pukul 1.50 petang berikutnya.

Dalam kejadian berlainan, sebuah rumah teres dua tingkat turut terbakar pada petang semalam di Jalan Rotan Tanah, Taman Seri Jaya di sini.

Pihak bomba menerima panggilan pada 4.07 petang sebelum sebuah jentera FRT, sebuah RRV dan sebuah pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Seramai 22 anggota daripada BBP Penggaram dan Ayer Hitam terbabit dalam operasi pemadaman kebakaran yang memusnahkan lebih 60 peratus daripada keseluruhan rumah itu.

“Kebakaran berlaku di tingkat atas dan punca serta kerugian kejadian itu masih dalam siasatan selain tidak melibatkan mangsa,” katanya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI