fbpx

KKM fokus golongan atas pagar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) turut memberi fokus dalam meyakinkan golongan ‘atas pagar’ bagi menyampaikan maklumat tepat berhubung pemberian vaksin Covid-19 dari segi keselamatan dan keberkesanannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia antara usaha dalam memastikan pemberian vaksin Covid-19 meliputi 70 hingga 80 peratus daripada penduduk Malaysia sekali gus untuk mencapai imuniti kelompok.

“Vaksin ini bukan wajib dan jika kita lihat tinjauan yang dijalankan menunjukkan lebih 70 peratus bersetuju. Mungkin ada golongan antivaksin dan sebagainya (tidak bersetuju).

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan jangan fokus kepada antivaksin tetapi fokus kepada kumpulan ‘atas pagar’ ini yang dianggarkan 15 hingga 17 peratus.

“Justeru, kalau boleh yakinkan mereka ini dari segi keselamatan dan keberkesanan vaksin Covid-19,” katanya pada pada Sesi Libat Urus Darurat Covid-19 Siri 3/2021: Keselamatan dan Keberkesanan Vaksin Covid-19 Serta Strategi Kementerian Kesihatan (KKM) Bagi Melindungi Golongan Berisiko Tinggi secara maya di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, selain itu, pengalaman negara lain seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat misalnya berhubung pemberian vaksin Covid-19 juga mungkin boleh meyakinkan golongan ‘atas pagar’ tersebut apabila kesan sampingan vaksin itu hanya sedikit.

“Di samping sesi libat urus, boleh bertanya soalan jika terdapat keraguan termasuk melalui talian hotline. Kita boleh jawab dan membantu mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, media juga mempunyai tanggungjawab besar dalam memberikan penjelasan dan keyakinan kepada golongan ‘atas pagar’ mengenai vaksin Covid-19.

“Mungkin kita ada lima peratus antivaksin tetapi, kita tidak hiraukan mereka kerana apa yang penting, kita kena capai imuniti kelompok,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI