fbpx

KKM akan laksana ujian Covid-19 guna air liur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan ujian Covid-19 menggunakan persampelan air liur (deep throat saliva) di beberapa hospital kerajaan dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kaedah persampelan itu selamat dan tidak invasif berbanding persampelan dengan kaedah ‘nasopharyngeal’  serta ‘oropharyngeal’ iaitu calitan melalui hidung dan mulut.

“Kaedah persampelan menggunakan air liur ini sesuai bagi ujian ‘Real-Time Reverse Transcriptase-PCR’ (RT-PCR) Covid-19.

“IMR sedang melengkapkan kajian penggunaan sampel air liur untuk ujian RTK antigen (RTK Ag),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Adham menerima sumbangan 2.7 juta picagari khas jenis low dead-volume untuk vaksin Pfizer berjumlah RM891,000 daripada Etiqa Family Takaful Berhad sebagai persediaan menghadapi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula 26 Februari ini.

Sementara itu, Adham berkata, kaedah persampelan menggunakan air liur itu bersifat ‘self-collected’ iaitu dikumpul sendiri dan dijangka menjimatkan penggunaan peralatan pelindungan diri (PPE).

“Persampelan melalui air liur ini juga akan mempercepat dan meningkatkan saringan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, persampelan bagi ujian Covid-19 dengan menggunakan air liur telah dijalankan di beberapa negara dan ia terbukti lebih murah dan menjadi antara kaedah mengumpul sampel paling konsisten.

“Kaedah ini akan dimulakan di peringkat hospital sebelum diperluas ke fasiliti kesihatan lain,” katanya.

Katanya, menerusi kaedah itu, pesakit diminta mengeluarkan sendiri air liur ke dalam cawan spesimen dan cawan itu kemudiannya akan dihantar ke makmal untuk diuji.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI