Pelakon yang kini hangat dengan drama Rahimah Tanpa Rahim, Puteri Aishah sekali lagi mencuri perhatian netizen menerusi sekeping foto yang dikongsi dalam Instagramnya baru-baru ini.
Foto tersebut mendapat perhatian ramai bukan kerana aksi seksi atau pelik tetapi hanya kerana tulisan pada lengannya yang kelihatan seperti tatu.
Macam biasa, apabila ada perkara sebegitu, memang berduyun-duyunlah netizen yang bertanya dan membuat dakwaan kononnya aktres Pulang itu sudah pandai mencacah tatu.
“Ada apa dekat tangan itu?” soal seorang pengikut Instagramnya.
Tidak berdiam diri, pelakon berusia 27 tahun itu menjawab ringkas: “Tulisan saja, tulis pakai pen.”
Lega dengar jawapan Puteri Aishah sebab ramai juga netizen dalam ruangan komen membuat andaian sendiri, malah ada yang memarahinya kerana membuat sesuatu yang boleh mengundang fitnah.
Harap jawapan pelakon cantik itu menjawab semua persoalan dan isu tersebut tidak berpanjangan.
MIZZ LAHAR: Sebak mendengar perkongsian Bunga Citra Lestari tentang perjalanan hidup selepas kematian suami. Semoga terus kuat ya!