fbpx

Hun, Wanna sedang bercinta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMESRAAN Hun Haqeem dan Wanna Ali membuatkan peminat mahu benar-benar bercinta.

Gara-gara sekeping gambar swafoto bersama Wanna Ali yang dimuat naik Hun Haqeem baru-baru ini, ramai pula netizen mendakwa mereka sedang bercinta.

Kata netizen, mereka berdua kelihatan sangat serasi dalam foto berkenaan dan kemesraan yang ditunjukkan seolah-olah tak ubah seperti pasangan kekasih.

Tidak cukup dengan andaian tersebut, ada juga pengguna media sosial yang merestui sekiranya dua pelakon itu benar-benar bercinta bukan setakat dalam drama Angkara Cinta.

“Hun dengan Wanna memang betul-betul bercinta ke? Kalau betul, saya restu,” tulis seorang individu dalam ruangan komen.

“Kalau bercinta tak salah pun. Manalah tahu jodoh anda berdua nanti,” ujar seorang lagi netizen.

Lucu juga membaca komen mereka. Hebat betul netizen zaman sekarang, sudah pandai menilik masa depan pula.

Kalau benar ada jodoh antara Hun dan Wanna, apa salahnya. Mereka juga manusia, punya hati untuk mencintai dan dicintai. Wah! Bermadah pula Mizz Lahar.

MIZZ LAHAR: Tak sabar nak tonton Anugerah Juara Lagu 35 pada 14 Mac depan. Pasti banyak perbezaan sebab dijalankan tanpa penonton. Tak dapat nak melaram!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI