fbpx

Honda Jazz klon laris di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanif Yusabra menunjukkan kereta jenis Honda Jazz klon yang disita di Jabatan Pengangkutan Jalan, Kota Bharu.

KOTA BHARU – Harga kereta jenis Honda Jazz klon yang dijual jauh lebih murah berbanding harga pasaran menjadi faktor utama peminat kereta kompak itu di negeri ini berlumba-lumba membelinya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, sebuah kereta jenis Honda Jazz klon dijual pada harga RM10,000 berbanding harga baru di pasaran iaitu RM80,000.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan, kereta klon menjadi pilihan golongan berusia 35 hingga 45 tahun dengan membeli kenderaan menerusi laman web yang diperoleh dari Singapura.

“Berdasarkan statistik pada tahun lalu, sebanyak tujuh kereta Honda Jazz klon disita berbanding kenderaan lain sebanyak tiga buah iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey dan sebuah Toyota Estima.

“Mereka dipercayai mengambil jalan mudah untuk membeli kereta klon tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Ia boleh memberi implikasi kepada pemandu atau penumpang jika berlaku kemalangan kerana tidak dilindungi insurans,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, secara keseluruhan, JPJ Kelantan telah menyita sebanyak 11 buah kereta klon pada tahun lalu dan 10 buah pada tahun 2019.

Katanya, rekod keseluruhan kenderaan klon yang disita oleh JPJ sehingga tahun ini pula sebanyak 155 buah dengan ada yang dibeli pada harga serendah RM4,500.

Tambahnya, memiliki kereta klon yang tidak didaftarkan merupakan kesalahan mengikut Seksyen 7(1), Seksyen 108(3)(f), Seksyen 23(1) dan Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI