fbpx

Guru rugi RM115,000 diperdaya Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Seorang guru perempuan kerugian RM115,000 setelah diperdaya lelaki menyamar pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), awal bulan ini.

Mangsa berusia 41 tahun  menerima panggilan daripada suspek pada 7 Februari lalu berhubung satu tunggakan cukai ke atas syarikatnya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar, mangsa kemudian menafikan perkara tersebut sebelum suspek menyambungkan talian kepada rakannya yang menyamar sebagai pegawai polis berpangkat inspektor dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sebagai pengesahan.

“Suspek meminta mangsa membuka aplikasi WhatsApp sebelum menerima mesej notis mendakwa dia terlibat dalam satu kes pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.

“Pada 8 Februari, mangsa diminta membuat pinjaman peribadi dari bank kerana mangsa perlu mempunyai kewangan yang kukuh di bank. Mangsa seterusnya membuat pinjaman peribadi di Bank Rakyat sebanyak RM133,080.90,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mangsa kemudian diarah untuk membuka pautan perisian yang diberikan dan memuat naik aplikasi MyBNM untuk mengisi maklumat peribadi mangsa dan perbankan untuk siasatan lanjut.

“Mangsa tanpa membuat semakan mengikut arahan itu dan pada 15 Februari lalu wang sebanyak RM133,080.90 dikreditkan ke dalam akaun mangsa dan dia menghubungi suspek untuk memaklumkan perkara itu.

“Seterusnya, pada keesokan harinya, mangsa cuba untuk log masuk ke dalam akaun tersebut tetapi disekat sebelum dia menghubungi khidmat pelanggan bank dan dimaklumkan terdapat tiga transaksi wang dari akaun mangsa ke tiga akaun lain berjumlah RM115,000,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI