fbpx

Ebit lew sewa gudang untuk kucing dan anjing jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew melawat gudang yang disewanya untuk menempatkan anjing dan kucing jalanan peliharaan arwah Mak Intan.

PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib kira-kira 430 ekor anjing dan kucing jalanan yang hilang tempat tinggal selepas ‘penjaga’ haiwan itu dikenali sebagai ‘Mak Intan’ meninggal dunia dan tanah diambil untuk pembangunan, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew tampil menghulurkan bantuan.

Menerusi perkongsian Ebit Lew di laman Facebook, beliau telah mengambil inisiatif melindungi haiwan terbabit dengan menyewa sebuah gudang untuk dijadikan sebuah ‘zoo taman’ dengan bayaran kira-kira RM4,300 sebulan.

Menurut Ebit Lew, pihaknya juga akan menyiapkan segala kelengkapan yang diperlukan di gudang tersebut agar haiwan di situ selesa dan ‘penjaga’ baharu mereka yang terdiri daripada anak-anak arwah ‘Mak Intan’ senang untuk menguruskan haiwan terbabit.

“Saya terus bawa kontraktor dan Dr. Vet (haiwan) yang sentiasa membantu selama ini.

“Kita akan buat sistem kumbahan, sistem air, bilik pengasingan, tempat makanan,kipas, ‘ventilation’, dan tanah tempat bermain dan lobi tetamu supaya jadi zoo taman untuk kunjungan dan yang ingin membantu haiwan ini,”katanya di laman Facebooknya hari ini.

Mengulas lanjut, Ebit Lew berkata, anak-anak arwah Mak Intan terharu apabila kucing dan anjing jalanan peliharaan emak mereka kini dapat tinggal di kawasan baharu selepas tapak sedia ada bakal dibangunkan.

“Doakan ya. Semoga semuanya dimudahkan. Seminggu lagi semua anjing dan kucing kena dipindahkan.”ujarnya.

Terdahulu, dalam perkongsiannya semalam, Ebit Lew memaklumkan, kira-kira 300 ekor anjing dan 130 kucing tiada tempat tinggal tetap selepas ‘penjaga’ mereka meninggal dunia dan tanah tempat arawah jadikan sangkar haiwan terbabit akan diambil kembali untuk pembangunan bermula minggu depan.

“Kasihan tengok 300 ekor anjing dan 130 kucing, Mak Intan baru meninggal dunia minggu lepas kerana kanser.

“Selama 30 tahun kutip anjing dan kucing sakit, ubati, beri makan, dan tempat tingga dan ramai yang hantar pada mereka.

“Kini seminggu Mak Intan dah tiada anaknya menyambung usaha ibu bapa mereka beri makanan untuk anjing dan kucing ini,”ujarnya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI