fbpx

Baju-T Yuta NCT undang kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUTA NCT

PENYANYI Yuta sekali lagi dihimpit kontroversi selepas peminat meluahkan rasa kurang senang dengan baju-T yang dipakainya baru-baru ini.

Baju berkenaan koleksi kolaborasi seorang YouTuber dari Jepun, Makyuri Shoji dengan sebuah kedai dalam talian.

Pakaian yang dipakai Yuta memaparkan dua ilustrasi mi segera terkenal Korea Selatan, Shin Ramyun dengan tulisan ‘Korean Dream’ dalam bahasa Jepun.

Bagaimanapun, peminat mendakwa bahawa tulisan berkenaan mengandungi mesej kontroversi berbunyi: “Mahu makan ramen bersama saya selepas minum sehingga lewat malam? Itulah maksud Korean dream.”

Disebabkan maksud perkataan tersebut mengandungi dua makna yang sensitif, anggota kumpulan NCT itu dihentam netizen Korea kerana didakwa merendahkan martabat budaya mereka terutamanya bagi kaum wanita.

Hal ini kerana mereka kecewa kerana penyanyi itu sanggup menyarung pakaian yang mengandungi perkataan berbaur seksual keluaran negara lain.

Terdahulu pada Julai tahun lalu, penyanyi kelahiran Jepun itu pernah mengundang kontroversi dan dikecam hebat selepas mengaku berkawan baik dengan seorang YouTuber anti Korea, Rhee-kun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI