fbpx

Anggota ATM cedera, trak bertembung pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota ATM yang cedera diberikan bantuan rawatan awal oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam kejadian kemalangan di jalan simpang tiga Lendu, Alor Gajah, di sini, hari ini.

ALOR GAJAH – Empat anggota Angkatan Tentera Darat (ATM) cedera selepas trak pasukan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Jalan Simpang Tiga Lendu, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, kesemua mangsa berumur 21 hingga 37 tahun mengalami luka-luka dan dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan.

Turut cedera ringan dalam kemalangan itu adalah pemandu Mitsubishi berusia 24 tahun.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku apabila trak ATM itu dalam perjalanan dari Alor Gajah ke Kuala Linggi.

“Setiba di tempat kejadian, trak ATM tersebut gagal mengelak sebuah pacuan empat roda dari arah bertentangan yang membelok ke Rembia dan melanggar bahagian hadapan kenderaan tersebut.

“Akibat kemalangan itu, empat anggota ATM dan pemandu Mitsubishi itu mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Arshad berkata, tiga dari anggota tentera itu beralamat di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementah, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, manakala seorang lagi dari Kem Terendak, Sungai Udang.

Katanya, ketika kejadian keadaan lalu lintas lancar dan keadaan jalan dua hala itu tidak basah ekoran cuaca baik.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN