fbpx

5,320 kes sembuh, 2,712 kes harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,712 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 274,875 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, empat adalah kes import manakala sebanyak 2,708 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 38,763.

“Sebanyak 25 kes kematian turut dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 1,030 kes.

“Terdapat 5,320 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 235,082 kes,” katanya di Twitter rasmi beliau hari ini.

Ujarnya, terdapat 227 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 103 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI