fbpx

12 peniaga dikenakan kompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai KPDNHEP Negeri Sembilan memeriksa premis perniagaan sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021.

SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan telah mengambil tindakan ke atas 12 peniaga sepanjang tempoh pelaksaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021.

Pengarahnya, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, antara kesalahan yang dilakukan termasuk satu kes tidak mempamerkan tanda harga pada barang dan 11 kes tidak mempamerkan harga menggunakan papan tanda berwarna merah jambu.

“KPDNHEP Negeri Sembilan telah mengambil tindakan ke atas 12 kes tersebut dengan jumlah kompaun sebanyak RM1,200.

“Kesemua tindakan kes ini diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ain Arjuna, dalam tempoh skim ini berkuatkuasa bermula 8 hingga 16 Februari lalu, sebanyak 832 pemeriksaan premis telah diperiksa di seluruh Negeri Sembilan.

“Pemeriksaan meliputi 811 di peringkat peruncit dan 21 di peringkat pemborong.

“Selain itu, KPDNHEP Negeri Sembilan juga tidak menerima sebarang aduan tentang peniaga yang menjual barangan dengan harga melebihi harga maksimum yang ditetapkan di bawah skim ini,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan proaktif secara harian oleh anggota penguat kuasa bersama-sama pegawai pemantau harga KPDNHEP Negeri Sembilan semasa skim ini dilaksanakan mendapati tahap pematuhan dan kesedaran peniaga terhadap undang-undang dan peraturan yang ditetapkan berada di tahap yang baik.

“Bekalan barangan keperluan asas juga mudah diperolehi dengan harga yang munasabah oleh pengguna di negeri ini berdasarkan pemantuan ke atas 480 jenis barangan terpilih yang dilakukan oleh pegawai pemantau harga,” ujarnya.

Tambah beliau, pengguna di Negeri Sembilan boleh menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan peniaga yang tidak mematuhi undang-undang kepada pihak kementerian menerusi portal e-aduan di https://eaduan.kpdnhep.gov.my atau menghubungi talian 1 800 886 800.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI