fbpx

Warga emas guna duit gaji beri kucing jalanan makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZURAIDAH memberi makanan kepada kucing-kucing jalanan yang terbiar di beberapa lokasi di bandar Seremban.

SEREMBAN – Seorang pekerja pembersihan sebuah hotel dekat sini sanggup menghabiskan wang gajinya semata-mata untuk membeli makanan kepada ku­cing dan anjing jalanan di sekitar bandar ini.

Zuraidah Haris, 60, yang juga seorang ibu tunggal berkata, dia membelanjakan sebanyak RM20 sehari membeli tiga kilogram makanan kucing bagi memastikan haiwan berkenaan tidak kelaparan.

Wanita warga emas itu juga hanya berkayuh basikal menuju ke beberapa lokasi dengan membawa makanan kucing untuk diberikan kepada haiwan-haiwan tersebut.

“Saya memang menyukai ku­cing dan kini telah ada 18 ekor di rumah. Setiap pagi, sebelum masuk kerja, saya akan pastikan haiwan ini diberi makan manakala bila pulang, saya akan singgah di mana-mana lokasi bagi tujuan sama,” katanya di sini semalam.

Zuraidah yang mempunyai seorang anak dan kini hanya menyewa bilik di sebuah rumah di Jalan Quek Kai Dong dekat sini sejak 10 tahun lalu, memberitahu, ramai yang menganggap tindakannya memberi kucing dan anjing jalanan tersebut sebagai sesuatu yang membazir.

“Saya anggap ini rezeki saya untuk haiwan-haiwan ini, walaupun ramai yang mengecam namun saya hanya fikirkan rasa kasihan dengan kucing dan anjing ini jika tiada makanan.

“Macam kita sebagai manusia juga, kalau tiada makanan mesti kelaparan dan sakit, begitulah saya rasa apabila memberi makanan kepada haiwan-haiwan ini,” katanya yang memperoleh gaji sebanyak RM1,100 sebulan.

Bagaimanapun katanya, masih ramai lagi pihak yang menyokong usaha murni itu dengan turut sama menyumbangkan wang selain turut sama membelikan makanan untuk kucing dan anjing berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI