fbpx

Umur 70 tahun pun kalau orang fikir saya hamil, saya okey – Sharifah Shahira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shira menafikan dirinya hamil.

PETALING JAYA – Kerap dihujani persoalan tentang kehamilan, pengacara popular Sharifah Shahira mengambil pendekatan untuk tidak terasa hati bahkan mampu tergelak apabila dikatakan sedang berbadan dua.

Pertanyaan netizen tentang kehamilan Shira baru-baru membanjiri ruangan komen sebuah video yang dimuat naiknya.

Menerusi video memaparkan Shira memandu sebuah kereta jenama mewah, rata-rata netizen tertanya-tanya sama ada penyampai radio Suria FM itu sedang hamil biarpun sudah berusia 47 tahun.

Tangkap layar Shira yang kelihatan seperti sedang hamil.

“Saya sudah tak kisah kalau yang anggap saya akan hamil walaupun sudah berumur 70 tahun. Kadangkala tergelak membaca komen kerana tidak tahu bagaimana saya ingin terus menafikan perkara ini.

“Tidak mungkin saya hamil kerana sudah ‘ikat’ peranakan atas cadangan doktor selepas melahirkan anak bongsu beberapa tahun lalu.

“Menurut doktor, saya memang subur dan boleh hamil walaupun sudah berusia.

“Ada masanya juga saya menjawab secara spontan seperti tidak hamil cuma perut buncit. Namun, seperti biasa masih ada yang bertanya, jadi saya membiarkan saja dan tidak merasa tertekan pun,” kata Shiera kepada Kosmo! sebentar tadi.

Shira mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ijoy dan dikurniakan empat cahaya mata, Airell, Airra, Audrra dan Adeena.

Terdahulu, Shira mempunyai anak perempuan, Allisya, hasil perkahwinan pertamanya bersama vokalis Black Dog Bone, Jatt. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI