fbpx

SRTM Tahun Baru Cina norma baharu pada 20 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persembahan Artis Tari Istana Budaya antara pengisian menarik SRTM Tahun Baru Cina yang akan diadakan secara virtual di Facebook MOTAC, Sabtu ini. Foto Ihsan MOTAC

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menganjurkan Sambutan Rumah Terbuka Malaysia (SRTM) Tahun Baru Cina buat julung kali secara virtual pada hari Sabtu ini.

Menterinya, Datuk Nancy Shukri berkata, sambutan pada kali ini akan berlangsung sepenuhnya secara norma baharu menerusi platform media sosial Facebook MOTAC di MyMOTAC dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pada tahun ini, MOTAC tetap meneruskan tradisi sambutan perayaan ini dengan cara norma baharu. Walaupun dari segi skala penganjurannya adalah terhad, namun sambutan Tahun Baru Cina tetap disambut meriah.

“Inisiatif ini membolehkan rakyat pelbagai kaum turut serta menyambut dan berkongsi kegembiraan bersama-sama rakan-rakan masyarakat Cina di negara ini,” katanya pada sidang media khas menerusi aplikasi Zoom hari ini.

Menurutnya, antara pengisian menarik untuk sambutan pada kali ini ialah Kompilasi Video Pelaksanaan Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina dari tahun 2016 hingga 2020.

Katanya lagi, persembahan tarian ‘Selamat Datang’ dan Tarian Kipas dari Artis Tari Istana Budaya turut diadakan serta persembahan nyanyian artis jemputan iaitu Masya Masyitah dan Nicole Lai.

Selain itu, Nancy berkata segmen ucapan tokoh masyarakat Cina turut menampilkan Tan Sri Lee Lam Thye, Datuk Soh Chin Aun, Dr. Lim Swee Tin, Tan Sri Richard CK Ko dan lain-lain bagi membicarakan perbezaan sambutan Tahun Baru Cina dari dahulu hingga sekarang.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI