fbpx

Runtuhan tebing Sungai Kelantan perlu segera diatasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Yakob (dua dari kanan) mendengar takilmat dari ADUN Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad (kanan) ketika meninjau lokasi runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas hari ini. Foto YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS – Kerajaan negeri akan mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah runtuhan benteng di tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Chelagi di sini yang sudah berusia lebih 40 tahun dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, langkah itu dijalankan berpandu kepada cadangan serta saranan yang dikemukakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri.

Katanya, apabila menerima maklum balas itu, kerajaan negeri akan terus bertindak untuk membaik pulih benteng itu bagi mengelakkan kesan lebih buruk berlaku pada masa akan datang.

“Kerajaan negeri mahu masalah itu diselesaikan sebelum November depan bagi mengelakkan penduduk berdepan masalah lebih rumit ketika musim tengkujuh.

“Sebagai langkah awal, kita telah memindahkan penduduk terlibat ke tempat lebih selamat,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Pohon Chelagi hari ini selepas meninjau kesan runtuhan tebing itu bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Pasir, Datuk Hanifa Ahmad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri juga akan memberikan bantuan segera kepada semua mangsa terlibat untuk membantu meringankan beban yang terpaksa dihadapi oleh mereka.

“Proses pengumpulan maklumat dan data sedang giat dilakukan bagi memastikan semua yang terlibat akan mendapat bantuan sewajarnya,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI