fbpx

Rumah Kongsi Kampung Semaut musnah bersama 28 motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMAH Kongsi Kampung Semaut di Genting Highlands musnah dalam kejadian kebakaran hari ini.

BENTONG – Sebanyak 200 unit rumah kongsi lama di Kampung Semaut, Genting Highlands yang pernah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) musnah dalam kejadian kebakaran hari ini.

Ketua Balai Bomba Genting Highlands, Yusry Abdullah Sani berkata, kejadian yang dipercayai bermula pukul 7.26 pagi itu turut memusnahkan 28 buah motosikal.

“Dua jentera bomba bergegas ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran dan bomba terpaksa mendapatkan sumber air sejauh 1.5 kilometer.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu yang mana dipercayai tiada penghuni di rumah kongsi terbiar itu,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini

PKPD di Kampung Semaut yang melibatkan Kluster Genting dilaksanakan daripada 10 Disember 2020 sehingga 23 Disember 2020.

Susulan penamatan PKPD pada 23 Disember Jabatan Imigresen telah melakukan serbuan ke kampung itu dan menahan 46 warga Indonesia kerana tidak mempunyai dokumen yang sah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI