fbpx

Puteri Dubai bimbang nyawa terancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bertarikh 24 Disember 2018 menunjukkan Sheikha Latifa bint Mohammed bin Rashid al-Maktoum (kiri) menikmati hidangan bersama bekas Presiden Ireland, Mary Robinson di kediaman puteri tersebut di Dubai. - AFP

LONDON – Anak perempuan pemerintah Dubai berkata bahawa beliau telah dikurung dan bimbang nyawanya terancam susulan satu percubaan untuk melepaskan diri yang gagal, demikian menurut rakaman mengenainya yang disiarkan semalam.

Sheikha Latifa tidak dilihat di khalayak sejak beliau cuba melarikan diri dari Dubai pada Mac 2018.

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) menyiarkan  video tersebut yang dirakam sekitar setahun selepas beliau ditangkap dan dikembalikan ke Dubai.  Klip video itu memaparkan Sheikha Latifa merengkok di satu sudut dipercayai bilik air.

“Saya menjadi tebusan dalam vila ini yang diubah suai menjadi sebuah penjara.

“Terdapat lima anggota polis lelaki di luar dan dua anggota polis wanita di dalam rumah. Setiap hari saya bimbang keselamatan dan nyawa sya,” katanya dalam video itu yang dirakam menggunakan telefon bimbit.

Dalam satu lagi klip video, Sheikha Latifa berkata, situasinya  makin terdesak setiap hari.

“Saya tidak mahu menjadi tebusan dalam vila penjara ini. Saya hanya mahu bebas,” katanya.

BBC menyiarkan klip video itu menjelang tayangan program berita penyiasatannya berjudul Panorama.

Badan penyiaran Sky News melaporkan bahawa pihaknya turut menerima rakaman video itu tetapi gagal menghubungi Sheikha Latifa sejak sembilan bulan lalu.

Menurutnya, rakaman  tersebut telah diserahkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu oleh rakan-rakan Sheikha Latifa.

Pihak berkuasa Dubai enggan mengulas berhubung isu tersebut.

Bapa Sheikha Latifa, Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum ialah Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriyah Arab Bersatu dengan Dubai adalah salah satu daripada wilayahnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI