fbpx

Presiden AS larang gelaran ‘orang asing’ terhadap PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden mahu tangani isu imigran haram AS dengan pendekatan lebih lembut. -AFP

WASHINGTON -Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden melarang terma ‘orang asing’ digunakan untuk merujuk kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara itu.

Beliau sebaliknya meminta penjawat awam menggunakan perkataan bukan warganegara bagi kumpulan tersebut.

Seiring dengan itu, Biden telah mengedarkan memo rasmi kepada pekerja warganegara AS dan pekerja perkhidmatan imigresen bagi menekankan amalan bahasa yang lebih inklusif dalam semua keadaan. 

Menerusi memo itu juga, Biden mahu perkataann orang asing haram digantikan dengan bukan warganegara tanpa dokumen atau individu tanpa dokumen, lapor Axios, semalam.

Beliau turut berusaha mengambil pendekatan lebih lembut dalam menangani isu imigran haram berbanding bekas presiden Donald Trump yang mendesak dasar pembinaan tembok sempadan selatan antara AS dan Mexico.

Biden berkata bahawa beliau ingin menawarkan peluang kewarganegaraan buat 11 juta PATI tanpa dokumen yang tinggal di negara itu. 

Pentadbirannya kini sedang berusaha menyatukan semula anak-anak yang terpisah dari keluarga mereka di sempadan Mexico ketika era Trump.

Tindakan Biden dipuji penyokongnya kerana mengambil pendekatan yang lebih berperikemanusiaan terhadap imigran haram.

Namun bekas pegawai Trump, Robert Law yang kini bekerja di Pusat Pengajian Imigresen, mengecam terminologi yang dikemas kini oleh Biden.

‘Menurut undang-undang, orang asing secara tersurat bermaksud individu bukan warganegara AS. Itu tidak menyinggung perasaan dan bukan juga satu bentuk asimilasi.” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI