fbpx

Polis tumpas kegiatan pengedaran daun ketum terbesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Kamarul Azran menunjukkan sebahagian rampasan ketum bernilai RM25,000 pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini, hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dan penjualan air ketum terbesar di daerah ini dengan tertangkapnya lapan lelaki dan seorang wanita di tiga serbuan berasingan di tiga buah rumah teres dua tingkat di sekitar Putra Perdana, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, serbuan kira-kira pukul 11 malam itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dan BSJN Subang Jaya.

“Operasi berjaya menahan lapan lelaki tempatan dan sepasang suami isteri warga asing Indonesia berusia lingkungan 30 hingga 45 tahun,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Sepang di sini hari ini.

Wan Kamarul berkata, hasil serbuan polis di ketiga-tiga lokasi menemui sejumlah 240 kilogram (kg) daun disyaki ketum yang diisi di dalam plastik hitam dan putih dengan jumlah keseluruhan 25 plastik.

Beliau berkata, turut dirampas dalam serbuan itu ialah 152 botol bersaiz 1.5 liter yang berisi air ketum bernilai RM15,325 dan dua batang pokok ketum.

“Rampasan termasuklah tiga dapur disyaki untuk merebus daun ketum; tiga tong gas; empat periuk berkapasiti 3 kg dan 5kg dan satu alat penimbang selain wang tunai RM12,325.

“Keseluruhan rampasan ini dianggarkan berjumlah kira-kira RM25,000,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI