PASIR MAS – Seorang wanita hilang kata-kata selepas melihat rumah dan kereta jenis Perodua Myvi miliknya jatuh ke dalam runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Chelagi di sini hari ini.
Kereta milik Nor Ain Ramli, 33, jatuh ke dalam runtuhan tebing itu kira-kira pukul 2 petang tadi sebelum diikuti rumahnya.
Nor Ain berkata, dia hanya mampu memerhatikan kejadian itu daripada jauh kerana ia berlaku dengan pantas.
“Perasaan sedih dan pilu itu amat sukar untuk digambarkan.
“Bagaimanapun, saya dan keluarga terselamat dari musibah itu,” katanya ketika ditemui pemberita sebentar tadi.
Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari hadir ke lokasi kejadian dan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada Nor Ain. -K! ONLINE