fbpx

Nelayan dikhuatiri lemas jatuh dari bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN bomba berusaha mencari seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut di muara Sungai Chenaam, Nibong Tebal hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh ke dalam laut di muara Sungai Chenaam, Nibong Tebal di sini hari ini.

Mangsa, dikenal pasti sebagai Abdul Jalil Abu Bakar, 52, dilaporkan hilang selepas terjatuh dari sebuah bot dinaikinya kira-kira pukul 8 pagi selepas nelayan menjumpai bot itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian untuk usaha mencari dan menyelamat mangsa di sekitar lokasi.

Jurucakap itu berkata, setakat kini, mangsa belum ditemui.

Operasi berkenaan dijalankan oleh bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal sambil dibantu BBP Sungai Bakap serta Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Bandar Perda dan Paya Terubong. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI