fbpx

Maritim Zon Sandakan rampas 103,460 batang rokok putih, kretek tanpa cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Maritim Zon Sandakan menunjukkan rokok putih serta kretek pelbagai jenama tidak bercukai yang dirampas dalam serbuan di Perkampungan Air Batu 3 semalam. Foto: Ihsan Maritim Zon Sandakan

SANDAKAN – Sebanyak 103,460 batang rokok putih serta kretek pelbagai jenama tidak bercukai dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan dalam serbuan di Perkampungan Air Batu 3 semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, semua rokok yang dirampas dianggarkan bernilai RM89,159 termasuk cukai.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kapten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, serbuan dilakukan ke atas sebuah premis tidak bernombor dan tiada berpenghuni yang dipercayai dijadikan tempat penyimpanan rokok seludup.

“Hasil pemeriksaan menemui lebih 103,460 batang rokok putih serta kretek tidak bercukai disembunyikan di ruang dinding dan lantai premis terbabit.

“Rokok yang dirampas dianggarkan bernilai RM18,978 tanpa cukai manakala cukai rokok terbabit dianggarkan bernilai RM70,181.

“Semua barangan rampasan dipercayai diseludup masuk daripada negara jiran untuk dijual secara haram bagi pasaran tempatan,” Katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zainudin berkata, rampasan rokok diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d), Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi).

Beliau berkata, denda juga boleh dikenakan tidak lebih 20 kali ganda nilai suapan atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Zainudin berkata, pihaknya akan sentiasa terus meningkatkan kawalan sempadanan perairan negara terutamanya dalam memerangi penularan Covid-19 ke Sabah disamping membanteras aktiviti penyeludupan dan pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI