fbpx

KKM nafi keluarkan borang persetujuan PICK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAFIAN KKM terhadap satu borang persetujuan bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan tidak pernah mengeluarkan borang persetujuan bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) seperti tular di media sosial.

KKM menerusi hantaran di Facebook berkata, maklumat palsu itu kononnya mengaitkan KKM mengeluarkan Borang Persetujuan Suntikan Covid-19.

“Kementerian ingin menjelaskan bahawa imej tersebut adalah palsu.

“Ia tidak dikeluarkan oleh KKM dan bukanlah borang persetujuan (consent form) untuk PICK,” katanya.

Imej borang yang tular itu mengandungi beberapa pertanyaan yang mengehendaki pemohon memaklumkan sejarah kesihatan.

Ia turut memuatkan ruang tanda tangan pemohon, saksi dan arahan supaya mengembalikan borang kepada klinik dan hospital. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN