fbpx

Kim Jun-seo ingat pesan bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM JUN-SEO

UNTUK bergelar artis idola di Korea Selatan bukannya satu perkara mudah. Lazimnya, setiap artis akan menjalani latihan selama bertahun-tahun di agensi sebelum memulakan debut.

Hal sama berlaku kepada penyanyi kumpulan WEi iaitu Kim Jun-seo. Dia melalui fasa yang sangat sukar dan mencabar ketika bergelar pelatih.

“Saya masih ingat, ketika itu saya bercakap dengan ayah. Saya tidak mampu lakukannya. Saya mahu pulang ke rumah.

“Tetapi ayah kata, dia tidak akan membuka pintu sekiranya saya pulang ke rumah. Dia suruh saya tinggal di Seoul dan jalani hidup seadanya,” ujar Kim Jun-seo.

Sejak dari situ, Jun-seo mula sedar bahawa dia perlu berusaha lebih keras jika mahukan sesuatu. Tiada kesenangan datang bergolek tanpa usaha.

“Kalau saya balik ke rumah dan berputus asa di tengah jalan, saya tidak akan mampu mencapai kejayaan.

“Sekiranya saya berkeras mahu pulang juga waktu itu, rasanya saya akan hidup dalam penyesalan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI