fbpx

Kilang makanan lepas sisa ke Sungai Perai dikompaun RM18,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Sungai Perai di Perai yang berbuih dan berwarna putih berhampiran dengan kilang makanan semalam.

SEBERANG PERAI – Sebuah kilang memproses makanan di Perai di sini yang dikaitkan dengan kes kematian ikan di dalam Sungai Perai minggu lalu dikompaun RM18,000 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri semalam.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya melakukan siasatan segera selepas menerima aduan daripada orang ramai semalam yang mendakwa sungai itu tercemar dengan buih berwarna putih sehingga menyebabkan kematian ikan.

“Siasatan lanjut mendapati pelepasan itu berpunca daripada proses pembuatan dan aktiviti cucian dari salah satu kilang berasaskan makanan.

“Kita telah mengeluarkan arahan supaya semua pelepasan efluen (sisa buangan) ke Sungai Perai yang berpunca daripadanya dihentikan serta merta selain mengeluarkan kompaun sebanyak RM14,000 di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut mengeluarkan Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, supaya pihak kilang mengambil langkah-langkah kawalan bagi mengelakkan efluen tidak terolah daripada dilepaskan ke sungai itu sebelum boleh beroperasi semula.

“Rondaan dan pemantauan terus dipertingkatkan di sekitar kawasan Sungai Perai.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada orang awam yang melaporkan mengenai kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sekiranya orang ramai mempunyai sebarang aduan pencemaran boleh menghubungi talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] dan melalui portal e-aduan di ttps://eaduan.doe.gov.my.

Kosmo! Online pada 10 Februari lalu melaporkan, penduduk di Taman Kimsar, Perai terkejut selepas melihat ribuan ekor ikan mati dan terdampar di dalam Sungai Perai.

Mereka yang memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa mendakwa situasi itu berlaku kerana pelepasan air tanpa dirawat oleh sebuah kilang yang terletak di tepi sungai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI