fbpx

Kerajaan pertimbang perolehan vaksin J&J

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menambah perolehan bekalan vaksin satu dos suntikan daripada syarikat Johnson & Johnson (J&J) ke dalam portfolio vaksin Covid-19 sedia ada.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, seperti vaksin CanSino, vaksin keluaran J&J juga hanya memerlukan satu dos suntikan dan sesuai bagi kegunaan penduduk di kawasan pedalaman serta kumpulan migran di negara ini.

“Ya, kerajaan sedang perancangan untuk menambah vaksin ini ke dalam portfolio vaksin negara.

“Vaksin J&J dan CanSino hanya perlu disuntik sekali tanpa ada sela masa seperti vaksin lain. Penerima di kawasan pedalaman dan kumpulan migran berdokumen dan tanpa dokumen tidak perlu keluar berulang kali,” katanya di Twitter hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter yang ingin tahu jika kerajaan mempertimbangkan perolehan suntikan satu dos vaksin keluaran J&J. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI