fbpx

Keprihatinan Nik Ezanee wajar dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELIHATAN Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal yang lengkap beruniform membantu menguruskan jenazah anggotanya.

PETALING JAYA – Keprihatinan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal tiada tolok bandingnya.

Keprihatinan tersebut jelas terbukti selepas tular gambar Nik Ezanee yang lengkap beruniform turun ke liang lahad bagi membantu menguruskan jenazah anggotanya yang meninggal dunia.

Gambar berkenaan turut mendapat perhatian orang awam yang memuji tindakan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya itu.

Difahamkan, Arwah Sarjan Mejar Mashidi Husian, 53, meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang di rumahnya di Desa Aman, Pantai Dalam.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI