fbpx

Kajian jangkiti sukarelawan dengan Covid-19 di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson (kiri) bercakap dengan seorang petugas kesihatan semasa melawat pusat vaksinasi di Stadium Cwmbran. Wales Selatan hari ini. - AFP

LONDON – Satu kajian yang akan mendedahkan sukarelawan kepada jangkitan koronavirus akan bermula di Britain dalam tempoh sebulan selepas mendapat kelulusan daripada badan kawalan etika negara itu, kata kerajaan hari ini.

Kajian itu adalah yang pertama seumpamanya di dunia. Ia akan mendedahkan kira-kira 90 sukarelawan berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun kepada Covid-19 dalam persekitaran terkawal, kata Jabatan Perniagaan, Tenaga dan Strategi Industri.

Eksperimen itu bertujuan mengenal pasti bilangan virus paling minimum yang diperlukan untuk menyebabkan jangkitan dalam usaha membangunkan vaksin serta rawatan.

“Walaupun terdapat kemajuan dalam pembangunan vaksin, kami mahu membangunkan vaksin terbaik dan paling berkesan untuk digunakan dalam tempoh  jangka masa panjang,” kata Setiausaha Perniagaan, Kwasi Kwarteng.

Menurutnya, kajian itu akan meningkatkan pengetahuan tentang bagaimana koronavirus menjejaskan manusia dan berpotensi mempercepatkan pembangunan vaksin.

Britain merupakan antara negara paling teruk dilanda koronavirus dengan lebih 118,000 kematian. Britain juga negara Barat pertama yang memulakan kempen vaksinasi Covid-19.

Kempen vaksinasi Britain mencatat kemajuan pada hujung minggu lalu dengan 15 juta orang menerima suntikan pertama mereka.

Kerajaan menyasarkan pelalian kepada 17 juta orang lain menjelang akhir April ini termasuk semua penduduk berusia 50 tahun dan ke atas di samping memulakan vaksinasi dos kedua. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI