PETALING JAYA – Berita mengenai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ini berada dalam keadaan nazak di Institut Jantung Negara (IJN) adalah tidak benar.
Setiausaha politik beliau, Shahir Sulaiman ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi berkata, berita tersebut adalah palsu dan keadaan bekas Menteri Besar Terengganu itu semakin stabil.
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/02/WhatsApp-Image-2021-02-17-at-9.59.53-PM-300x283.jpeg)
“Tak ada, tok guru berada dalam kondisi biasa, itu semua palsu,” jelasnya.
Terdahulu, Abdul Hadi dikejarkan ke Hospital Putrajaya kelmarin selepas dilaporkan sesak nafas sebelum dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut. – K! ONLINE.