fbpx

Haaland mahu Dortmund bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND mahu rakan sepasukan lain melupakan aksi hambar di Bundesliga dan memberikan fokus pada aksi menentang Sevilla. – AFP

DORTMUND – Penyerang Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland menggesa rakan sepasukan melupakan aksi hambar dalam Bundesliga menjelang pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara menentang Sevilla di Stadium Ramon Sanchez-Pijzuan awal pagi esok.

Pemain antarabangsa Norway itu sedar moral pasukan berada pada tahap kurang memuaskan selepas gagal menca­tat kemenangan dalam dua aksi terakhir liga.

Bagaimanapun, Haaland menegaskan, dia dan rakan sepasukan perlu melupakan kekecewaan itu bagi memberi fokus terhadap aksi lebih pen­ting menentang Sevilla.

“Kami hanya perlu patuh pada arahan jurulatih dan cuba tampilkan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti. Sevilla sebuah pasukan kuat, jadi kami perlu berada pada prestasi terbaik.

“Sekiranya kami menampilkan aksi sama seperti beberapa perlawanan sebelum ini, saya yakin kami tidak ada harapan untuk melangkah ke peringkat seterusnya,” ujar Haaland.

Dortmund mula menampilkan aksi tidak menentu sejak dibelasah 1-5 oleh Stuttgart di laman sendiri Disember lalu sehingga menyebabkan jurulatih, Lucien Favre dipecat.

Justeru, tugas sebagai jurulatih kini dipangku Edin Terzic sehingga penghujung musim, namun situasi tetap tidak berubah apabila masih terumbang-ambing. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI