fbpx

CITF bantu lancarkan program imunisasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan menubuhkan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 atau Covid-19 Immunisation Taskforce (CITF) bagi menguruskan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

CITF akan diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin yang kemudian akan membuat pelaporan kepada Jemaah Menteri.

Menerusi sidang akhbar hari ini, Khairy Jamaluddin berkata, CITF akan memastikan PICK dapat dilaksanakan dengan kemas, lancar dan teratur dalam mencapai objektifnya dibantu pelbagai kementerian dan badan kerajaan.

Beliau berkata, Pasukan Pengurusan CITF akan diselia oleh dua pengarah Bersama, iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr. Chong Chee Keong dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab. Rahman.

“Selain itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan (KKM) pula akan bertindak sebagai urus setia CITF.

“Mesyuarat pertama CITF semalam telah memperincikan penyelarasan bidang tugas, struktur kerja dan perancangan keseluruhan PICK,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI