fbpx

Ada pelan B, C pastikan Pejuang berdaftar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUN Dr. Mahathir Mohamad.

SHAH ALAM- Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulangi mempunyai rancangan lain bagi memastikan parti itu berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan sebarang pelan tersebut ketika ini.

“Ada pelan B dan C tapi saya tidak mahu dedahkan,” katanya ringkas dalam satu program bicara ‘Bersama Tun M’ anjuran Sinar Harian hari ini.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan permohonan Pejuang dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) ditolak kerana permohonan tersebut tidak teratur selaras dengan peruntukan Jadual 1 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Mahathir mendakwa, ketakutan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk melawan penentangnya pada pilihan raya umum akan datang menjadi punca Pejuang tidak didaftarkan.

“Sebelum pilihan raya diadakan, tiba-tiba Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ditarik balik pendaftarannya (dan pada masa sama) pendaftaran PH (Pakatan Harapan) juga tidak diluluskan,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, beliau menegaskan usianya yang sudah lanjut bukan penghalang untuk terus menyumbang kepada negara meskipun kini berdiri tanpa parti.

Kalau saya tarik diri dan tak suarakan pendapat saya, saya berpendapat masa depan orang Melayu amat gelap.

“Walaupun dah berumur 95 tahun, saya masih berminat untuk jalankan tugas yang saya sendiri serahkan kepada saya. Tak ada siapa suruh pun,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI