fbpx

5,709 kes sembuh, 2,998 kes harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,998 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 272,163 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 2,991 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 41,396 kes.

“Sebanyak 22 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 1,005 kes.

“Terdapat 5,709 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 229,762 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 231 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 115 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI