fbpx

Wark tekad bantu julang Sarawak United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WARK mahu membalas kepercayaan Sarawak United dengan membantu kelab baharunya itu mencapai sasaran pada saingan Liga Premier musim ini.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PEMAIN naturalisasi negara, Stuart Wark tekad untuk melupakan musim 2020 yang penuh suram sebaliknya bersemangat untuk membuka buku baharu bersama kelab baharu, Sarawak United.

Tonggak kelahiran Scotland itu mahu membalas kepercayaan Sarawak United yang memberi peluang kedua kepadanya untuk beraksi pada saingan Liga Premier musim ini.

Wark, 31, berkata, dia komi­ted membantu kelab baharunya itu memburu kedudukan dua teratas Liga Premier sekali gus meraih slot automatik ke Liga Super pada musim depan.

“Sewaktu bersama Terengganu FC (TFC), saya banyak menghabiskan masa di luar padang akibat kecederaan.

“Sebaik Sarawak United hadir buat tawaran, saya tidak berfikir panjang untuk membantu mereka mara ke Liga Super dan mendapatkan minit permainan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu semalam.

Selain TFC, Wark pernah menyarung jersi PDRM, Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Sabah, Felda United dan Pulau Pinang.

Wark berkata, dia mempunyai hubungan baik dengan ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan kerana pernah dibimbingnya ketika bersama PDRM sekali gus menarik minatnya menyertai pasukan dari Pulau Bornei itu.

Menurutnya, gabungan Elavarasan dan Pengarah Teknikal, B. Sathianathan mampu memberi sentuhan magis untuk mencetus kebangkitan Sarawak United.

“Kami mahu sekurang-kurangnya muncul naib juara Liga Premier untuk naik ke Liga Super. Begitupun, lebih baik jika menjadi juara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI