fbpx

Vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Malaysia Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PUTRAJAYA – Vaksin Pfizer-BioNTech akan tiba di Malaysia pada 21 Februari ini sekali gus membolehkan program roll-out pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dimulakan pada 26 Februari depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan menerima suntikan vaksin pada hari tersebut bersama-sama petugas barisan hadapan yang merupakan kumpulan sulung dalam Fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Seperti yang telah diumumkan, Fasa pertama akan melibatkan petugas barisan hadapan, bermula pada 26 Februari sehingga April 2021.

“Fasa kedua pula akan bermula pada bulan April sehingga Ogos depan dan akan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi manakala Fasa Ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas bermula dari bulan Mei depan sehingga Februari 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pada majlis pelancaran Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI