fbpx

Trafik udara kembali pulih pada tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemberian vaksin Covid-19 dan penubuhan koridor perjalanan antara Malaysia dan Indonesia bakal memberi impak positif kepada pemulihan industri penerbangan domestik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, meskipun jumlah trafik penumpang udara berkurangan pada Januari lalu tetapi terdapat pertumbuhan 25 peratus dalam trafik penumpang antarabangsa berbanding bulan sebelumnya.

Menurut beliau, ini menggambarkan bahawa terdapat permintaan yang baik untuk perjalanan antarabangsa terutamanya bagi tujuan perniagaan, pekerjaan dan pendidikan meskipun berdepan langkah kuarantin ketat.

“Sebanyak 97 peratus daripada jumlah trafik antarabangsa bulan lalu dicatat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Trafik penumpang pada Ja­nuari lalu memperlihatkan penurunan 30 peratus berbanding Disember, setelah menyaksikan peningkatan hampir 240 peratus berbanding November 2020 akibat penutupan sempadan dan pelaksanaan semula sekatan perjalanan domestik.

“KLIA turut menerima keha­diran penerbangan sulung Starlux Airlines bagi laluan Kuala Lumpur-Taipei bulan lalu dan penerbangan dua kali se­minggu ini meningkatkan kesa­linghubungan lapangan terbang antarabangsa tersebut di rantau ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Selain itu, Mohd. Shukrie menjelaskan, bagi operasi kargo domestik pula, ia menerima kehadiran rakan syarikat penerbangan kargo baharu dari Lithuania, Get Jet Airlines minggu lalu.

Syarikat penerbangan sewa khas swasta itu memilih KLIA sebagai tapak operasi utama bagi laluan Jakarta-Kuala Lumpur dan sedang melihat untuk ­menghubungkan lebih banyak destinasi dari Asia Tenggara ke Asia Tengah.

Dalam pada itu, Mohd. Shukrie berharap petugas barisan hadapan lapangan terbang menjadi antara kumpulan pertama yang menerima vaksin Covid-19.

“Sejak bermulanya pandemik ini, kami telah mengambil langkah yang baik untuk memastikan standard penjagaan keselamatan kesihatan dipatuhi dengan baik bagi memastikan pelanggan juga sentiasa selamat dan sihat.

“Program vaksinasi kebangsaan dilihat akan membantu u­saha syarikat selama ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI