PETALING JAYA- Laman sosial yang mempromosikan kegiatan Sugar Daddy masih boleh diakses.
Tinjaun Kosmo! ke Sugarbook.com pukul 1 petang tadi mendapati, laman itu masih boleh dilayari meskipun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat akses ke laman tersebut.
Menurut kenyataan SKMM pada pautan tersebut, laman ini disekat kerana atas kesalahan didakwa melanggari peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pelayar dari Malaysia juga masih boleh mendaftar masuk ke laman itu.
Pensyarah kanan Kolej Undang-undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff turut menyiarkan tangkap layar laman tersebut yang masih boleh dilayari di laman Facebook beliau hari ini.
Kosmo! semalam melaporkan, SKMM memberi amaran akan terus memantau dan menyiasat bersama polis mengenai aplikasi Sugarbook serta akan mengambil tindakan terhadap pengguna serta pemilik platform itu jika didapati melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang. -K! ONLINE