fbpx

Sekali ‘seluk’ dapat RM500, artis dedah ada kawan jadi sugarbaby

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUNGA IS ME dan Farisha Irish.

PETALING JAYA – Desakan hidup, diabaikan keluarga dan persaingan sesama rakan sebaya yang mengamalkan gaya hidup mewah antara faktor mendorong golongan pelajar universiti khususnya sanggup menggadai maruah bergelar ‘sugar baby’. 

Bagaimanapun menurut penyanyi Bunga Is Me, terdapat dalam kalangan rakannya melibatkan diri dalam kegiatan ‘sugar baby’ sejak di bangku sekolah menengah kerana mahu keluar daripada kesempitan hidup.

Menurut pemilik nama Noor Ayu Fatini, 22, itu rakannya terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral seawal usia 17 tahun bagi meneruskan persekolahan dan terabai akibat keluarga yang berpecah belah. 

“Saya pernah rapat dengan seorang kawan perempuan. Dia pernah beritahu saya, ketika ingin menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia berkenalan dengan seorang ‘sugar daddy’ yang menjanjikan bermacam perkara kepadanya. 

“Dia pernah beritahu saya, sekali seluk atau pegang bahagian alat sulit, dia boleh dapat wang mudah bermula RM500. Bayangkan kalau dia buat perkara-perkara lain yang lebih ‘daring’. 

“Dia juga pernah beritahu saya, dia buat semua itu disebabkan kesempitan hidup nak bayar yuran persekolahan dan tuisyen. Saya tidak berada dalam kedudukan untuk menghakimi apa yang dia buat namun ini membuktikan, ada sesuatu yang tidak kena dalam tangga sosial dan budaya masyarakat kita,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. 

Tambah Bunga lagi, ibu rakannya itu sebenarnya mengetahui tentang kegiatan yang dilakukan anak mereka tetapi bertindak mendiamkan diri sahaja. 

“Hidup di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur ini, bermacam-macam perkara boleh berlaku. Kawan saya siap beritahu ibu bapanya tahu yang dia buat perkara yang tidak bermoral namun hanya menutup mata. 

“Saya sebagai seorang selebriti berpendapat, apa yang berlaku sekarang ibarat kanser yang kalau dibiarkan melarat, akan membinasakan masyarakat kita. Pihak berwajib harus cakna dengan apa yang berlaku. Ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem dan masyarakat kita,” katanya.

Ketika ramai dalam kalangan pelajar sanggup bekerja separuh masa di kedai serbaneka atau pusat membeli belah demi menjana pendapatan tambahan untuk membiayai kos kehidupan di universiti, golongan ‘sugar baby’ pula memilih jalan pintas untuk hidup mewah. 

Tidak menafikan realiti yang berlaku di sekelilingnya, penyanyi muda Farisha Irish mendedahkan dia juga pernah mengenali rakan yang bergelumang dengan noda apabila bergelar ‘sugar baby’ ketika belajar di universiti.

Kata pelantun lagu Tak Malu itu, faktor kesempitan hidup menjadi sebab utama mengapa golongan belia terutama pelajar memilih untuk mendapatkan kemewahan dengan segera. 

“Ada dalam kalangan rakan yang jadi ‘sugar baby’ sebab memerlukan duit. Dia tidaklah terlalu pamerkan kemewahan tetapi orang tahu dia melakukan kegiatan terkutuk sebegitu sebab mampu tinggal di rumah sewa berbanding pelajar lain yang menetap di kolej. 

“Tetapi sejujurnya perkara ini tidak sepatutnya dilakukan. Sebagai seorang pelajar yang menuntut ilmu, carilah cara lain yang lebih baik untuk menjana pendapatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo Online! semalam.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebelum ini memandang serius pendedahan yang dibuat oleh media berkenaan laman sesawang ‘student programme’ dan laporan dalam Facebook mengenai peningkatan mendadak bilangan pelajar universiti yang terlibat dalam perkhidmatan perempuan simpanan (sugar baby).

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengambil tindakan menyekat akses ke laman sesawang Sugarbook – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI