fbpx

PTP, JPA beri sumbangan bernilai RM12,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Lembaga Pelabuhan Johor (JPA) memberi sumbangan makanan serta barangan keperluan asas bernilai lebih RM12,000 kepada Rumah Seri Kenangan di Johor Bahru, Johor.

PETALING JAYA – Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) bersama Lembaga Pelabuhan Johor (JPA) memberi sumbangan makanan dan barangan keperluan asas bernilai lebih RM12,000 kepada warga Rumah Seri Kenangan di Johor Bahru, Johor.

Pusat jagaan warga emas itu antara kluster baharu kes Covid-19 dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bulan lalu selepas kira-kira 70 penghuni dan kakitangannya dikesan positif jangkitan wabak tersebut.

Pengurus Besar JPA, Muhammad Razif Ahmad berkata, sumbangan yang diberikan termasuk beras, minyak masak, sardin, biskut, buah-buahan, pelitup muka, pencuci tangan, cecair pembasmi kuman, berus gigi, ubat gigi, gel mandian dan pampers dewasa.

“Usaha mengumpul sumbangan dilakukan sejurus JPA dan PTP mendapat maklumat tentang keadaan penghuni dan kakitangan Rumah Seri Kenangan.

“Kami berjaya mengumpulkan sumbangan daripada kakitangan JPA dan PTP dalam masa tiga hari bagi membantu penghuni dan kakitangan pusat jagaan warga emas itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen berkata, pihaknya komited dalam memainkan peranan menyokong usaha KKM dan barisan hadapan negara dalam mengurangkan impak pandemik Covid-19 di Malaysia.

Justeru, katanya, PTP berharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu kakitangan dan penghuni Rumah Seri Kenangan pada waktu-waktu sukar ketika ini.

Menurut beliau, PTP dan JPA bekerjasama rapat dengan pengendali Rumah Seri Kenangan semasa penyerahan sumbangan dilakukan supaya tidak membahayakan keselamatan semua yang terlibat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI