fbpx

Polis Kuala Lumpur anjur Hari Bersama Pesara Polis, Bekas Polis dan Petugas Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Azly.

PETALING JAYA – Polis Kuala Lumpur bakal menganjurkan program Hari Bersama Pesara Polis, Bekas Polis dan Petugas Polis Kontinjen Kuala Lumpur bermula esok hingga 19 Februari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya menghargai keputusan kerajaan memberi bantuan one-off berjumlah RM500 kepada pesara polis, bekas polis dan petugas polis era darurat.

“Ini termasuk polis hutan simpanan, Jungle Squad, Senoi Praaq, Pengakap Sempadan (BS) Sabah dan Sarawak, Polis Tambahan (AP), Konstabel Tambahan (EPC), Konstabel Khas (SC), Konstabel Khas Wanita (WSC), Penolong Penguasa Polis Kontrak, Inspektor Kontrak, Pegawai Kampung (HG), Sarawak Constabulary (SWC) dan North Borneo Armed Constabulary (NBAC) yang masih hidup.

“Sehubungan itu, individu berkaitan yang mahu membuat permohonan perlu mengemaskini maklumat di pautan http://[email protected],” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, program terbabit juga bertujuan untuk memudahkan mereka untuk mengemaskini maklumat dalam sistem berkenaan.

“Program itu akan diadakan di Foyer B Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bermula 8 pagi hingga 5 petang.

“Program itu juga akan diadakan serentak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di bawah pentadbiran kontinjen Kuala Lumpur,” jelasnya.

Menurutnya, pemohon perlu menyediakan dokumen sokongan yang disahkan seperti disyaratkan di dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 7/2008.

“Bagi pesara polis, mereka perlu membawa salinan kad pengenalan awam, salinan kad pesara polis atau kad pesara JPA dan salinan akaun bank atau penyata bank.

“Sementara bekas polis atau petugas polis pula diminta untuk membawa salinan kad pengenalan awam, salinan dokumen pengesahan jawatan dan salinan akaun bank atau penyata bank,” katanya.

Jelas beliau, Polis Kuala Lumpur amat mengalu-alukan kehadiran golongan berkenaan pada program terbabit.

“Semua yang hadir diminta untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan oleh kerajaan.

“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Cawangan Hal Ehwal Pesara Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460522 sambungan 409 atau 224,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI